Kenyataan akbar: Menyeru anggota KEADILAN keluar mengundi

Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gopeng menyeru supaya anggota-anggota Cabang Gopeng keluar mengudi sempena dengan Pemilihan Pimpinan Pusat Parti KEADILAN Rakyat.

Pemilihan Pimpinan Pusat Parti KEADILAN Rakyat untuk Cabang Gopeng akan berlangsung pada Sabtu ini (13hb November), antara jam 10 pagi sehingga 4 petang, bertempat di Pejabat Parti KEADILAN Rakyat Cabang Gopeng, Taman Song Choon.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gopeng, Zafril Eusoff, (24tahun) berkata pemilihan parti yang mengambil kira satu anggota satu undi, bakal berlangsung julung kali di Cabang Gopeng.

Sehubungan dengan itu, beliau mendesak anggota-anggota Parti KEADILAN Rakyat Cabang Gopeng sama-sama menjayakan pemilihan kali ini, dengan adanya lebih ramai anggota parti yang keluar mengundi untuk menunaikan kewajiban sebagai anggota parti.


Angkatan Muda KEADILAN Cabang Gopeng diketuai oleh Zafril Eusoff (duduk, kedua dari kanan) serta Lim Hon Can(duduk, kedua dari kiri) menyeru anggota-anggotanya keluar mengundi ketika Pemilihan Pimpinan Pusat Parti.

About AMK GOPENG

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gopeng
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a comment